Aku sedang memerhatikan si dia. Aku sedang melihat senyuman yang terukir diwajahnya. Sungguh bahagia sekali diri ini. Sedang aku asyik melihatnya, tidak si dia tahu bagaimana perasaan ku terhadapnya. Sedang si dia menjalani kehidupannya seperti biasa, tidak dia tahu yang aku tersangat-sangat menyukainya.
Pertama kali aku melihatnya, aku ingin tahu budi pekertinya, sifatnya, kegemarannya dan macam-macam lagi. Inilah kuasa cinta, kalau cinta dah mengawal diri kadang-kadang boleh gila dibuatnya. Tetapi cinta yang mengawal diriku ini bukanlah cinta yang hanya mengikut kehendak nafsu.
Pernah rakanku menyuruhku menegur si dia. Bagaimana inginku menegur, pandangan matanya kearahku sahaja sudah membuatkan adrenalin diriku bergerak seperti kipas kapal terbang sedang terbang. Inikankan pula mendekati dirinya. Kadang-kadang pernah sesekali dia memandang mataku. Dengan perasannya aku senyum sendiri (hahaha).
Sedang aku teringatkan senyumannya, terfikir dihati ku sejenak. Adakah si dia sudah mempunyai teman lelaki. Soalan yang membuatkan diriku tertanya-tanya. Aku berharap sangat agar dapat bersama-samanya, menjadi teman hidupnya, bahagia kekal selama-lamanya. Bolehkah ia berlaku. Apakan daya, kita hanya dapat merancang.
Satu saja perkara yang tak dapat aku lupakan tentang si dia, iaitu senyumannya. Senyuman yang diukir dari wajahnya dapat membuat terasa bahagia sekali..
SI DIA...