January 14, 2011

Where Are My Family..


'Orang utan' ialah kera terbesar di Asia, orang utan hanya boleh ditemui di Pulau Kalimantan dan Sumatera. Mereka dikelaskan sebagai haiwan terancam kerana tempat habitat mereka musnah akibat pemburuan liar. Orang utan di Malaysia (Sabah dan Sarawak) telah digolongkan sebagai 'haiwan terdedah'. Sebahagian besar habitat utama mereka telah ditukar sebagai tempat pertanian dan tahap kehilangan habitat telah mencapai tahap yang sangat rendah dalam beberapa tahun terakhir, sehingga susah untuk mencari atau menjumpai spesies ini di Malaysia. Sebahagian besar habitat yang ditemui dilindungi di hutan di bawah pengurusan hutan alam.

Selamatkan dan lindungilah haiwan yang semakin pupus. Mereka juga perlukan kehidupan seperti kita.