Title post kali ini bertajuk Perasaanku. Salah satu maksud daripada nama aku.
Perasaan menyukai seseorang.. Seronok..
Aku sedang menunggu namaku dipanggil untuk diambil kedatangan. Setelah dua hari aku diorientasi di Tingkatan Enam yang kini dipanggil..
Pra Universiti.
Seorang demi seorang nama pelajar dipanggil. Dengan hiruk pikuk pelajar sesetengahnya matang dan sesetengahnya lagi tidak,
termasuk aku.
Yakin bahawa namaku lama lagi akan disebut, aku bersembang kosong dengan sahabatku Farhan. Nama yang sedikit ke'hindustan'an.
Tetapi abang Kpop.
Disebab aku sedikit kelewatan ke dewan berkumpul, aku duduk dibahagian belakang. Tidak terlalu belakang dan masih boleh melihat tukang pengambil kedatangan tersebut.
Dia.. yang mengambil kedatangan aku.
"Apsal tudung dia warna lain?" Farhan.
Tudung warna krim berbeza dengan pelajar senior yang lain.
"Ntah? Pengawas kot"
Sedar namaku semakin dekat akan dipanggil, aku mengambil perhatian. Aku melihat wajah si pengambil kedatangan.
Wah, wajah yang terlalu cantik untuk dilepaskan pandangannya.
"Lawa seh perempuan tu."
"Tadi dia cakap dia suka aku," bohong Farhan.
"Aku rasa aku suka dia lah," luahan.
"Kan aku dah cakap dia suka kat aku."
"Nak kena penumbuk aku?"
Sambungku menatap wajah yang menawan itu.
"MUHAMMAD ASYARI BIN MOHAMMAD SHAH!"
Disebab suara pelajar yang ramai, responku sedikit lambat.
"Err, SAYA!"
Dia melihatku. Tetapi beberapa saat sahaja. Aku menikmatinya.
"Aku betul-betul suka kat dia lah!"
"Berapa kali aku nak cakap," Farhan.